Options:

BEHIND THE NAME


Assalamualaikum.



Siti Zulaiha. Ini nama aku.

Secara jujurnya, aku selesa dengan nama ni. Selesa dengan erti kata, tak terlampau panjang untuk disebut mahupun ditulis dalam column ruangan nama (ada orang nama sampai terkeluar dari column yang tersedia). Nama ni pun senang nak di pronounce kan oleh orang yang pelat konsonan ‘R’  macam aku.

Disebabkan nama ni banyak dipakai orang, aku tak pernah merasa janggal dengan nama ni, and aku rasa fine-fine je.


Tapi, apabila aku menjangkau usia 12 tahun, which at that time aku sedang bersukacita dengan title senior darjah 6, sesuatu telah berlaku. Duhh. Petang itu, suasana seperti biasa, aku pergi ke sekolah agama, angin sepoi-sepoi bahasa, burung berkicauan, aku hampir sahaja terlena. Tiba-tiba nama aku dipanggil ustazah bahasa arab aku. Mata aku mencerlung tajam terkebil sedikit. Heh, over bersastera tiba-tiba ni apsal? Ohh nak pulangkan buku latihan sahaja. Aku pun cat walk dihadapan kelas,mengambil eksesais buk aku dan duduk seperti sedia kala. Itu sahaja? No! Kalau macam tu, aku tak payah cerita pun takpe. Dialog ustazah aku pun berkumandang.

“hurm. Siti zulaiha? Siti? Kamu semua kalau ada anak nanti janganlah namakan Siti. Siti maksudnya nenek

Seperti dah dirancang sejak awal lagi, serentak satu kelas ketawakan aku. Sejak daripada kejadian tu, adalah sekor dua beruk panggil aku nenek. Tapi kebanyakan dorang tak panggil aku nenek sebab gerun dengan aku. Ha ha ha.

Insiden tu buat aku tak berapa nak puas hati. Jadi aku pun merajinkanlah diri untuk mentelaah buku maksud nama-nama. Bila aku selak-selak, seriously? Memang nenek. Haih. Tapi, bukan itu sahaja. Siti pun maksudnya ketua para wanita. So, takde reason lah pun nak malu dengan nama tu. Even isteri Nabi Muhammad pun Siti Khadijah. Isteri Nabi Ibrahim pun Siti Hajar dan Siti Sarah. Kenapa nak titik beratkan maksud nama yang pelik walhal dia ada maksud lain yang lebih gah, dan gempak? Manusia~~


Dah alang-alang aku pegang buku tu, aku pun carilah erti Zulaiha. Apa yang aku jumpa sedikit memfrustkan aku. Kerna kat situ Cuma state yang zulaiha adalah isteri Nabi Yusuf. Padahal, nama tak semestinya perlu mempunyai makna. Walaupun nama kita tak ada maksud, tapi kalau tu nama seorang yang berjaya dan patut dibangga, tak salah ada nama seperti itu. Tapi, bagi aku yang baru setahun jagung pada masa itu, aku cukup tak puas hati kerana nama aku tak de maksud yang tersendiri macam nama orang lain, syahirah = kemahsyuran and fatihah=pembukaan. Disebabkan itu, isu nama aku terkubur sepi sampai di situ.

Bila aku masuk sekolah menengah, mengaji pun dah kira lancar sikit, mak aku belikan aku tafsir al-Quran. Surah demi surah, Juzuk demi Juzuk, akhirnya aku sampai ke satu checkpoint di mana kenangan lama aku yang terkubur terimbau kembali. Surah yang ke 12, juzuk yang ke 12, 111 ayat. Surah Yusuf. J


Apabila aku meniti balik ayat beserta dengan maksudnya, aku jumpa dengan beberapa kekeliruan. Dan apabila aku buat beberapa research, akhirnya datang beberapa kebenaran yang kadang-kadang buat aku terfikir revelan nya nama zulaiha.

Sesuai dengan nama Yusuf, surah ini menceritakan seba sedikit riwayat hidup nabi Yusuf dari kecil sampai lah besar, dari golongan biasa, kepada yang berjawatan besar. Oleh itu, terbuka sikit sinar harapan aku untuk kenal sedikit Yusuf yang terkenal dengan ketampanannya.

‘.... ketika perempuan-perempuan itu melihatnya (Yusuf), mereka terpesona kepada (keelokan rupa) nya, dan mereka (tanpa sedar) melukai tangannya sendiri. seraya berkata, “Mahasempurna Allah. Ini bukanlah manusia, ini benar-benar malaikat yang mulia.” ‘ (31)

gambar hiasan

Aku rasa tak payah aku nak buka semua cerita dia sebab kau orang boleh baca kisah-kisah para Anbiya sendiri.

hakikatnya, dari hikayat mana yang wujudnya mengatakan Siti Zulaiha sebagai isteri Nabi Yusuf? Di dalam al-Quran, perempuan tersebut hanya dinyatakan sebagai isteri aziz/perempuan aziz/wanita aziz.

‘dan perempuan-perempuan di kota berkata, “isteri al-aziz menggoda dan merayu pelayannya untuk menundukkan dirinya,pelayannya benar-benar membuatnya mabuk cinta. Kami pasti memandang dia dalam kesesatan yang nyata.” ’(30)

Zulaiha sebenarnya adalah isteri pembesar Mesir iaitu al-Aziz. Dia jatuh cinta pada anak angkatnya sendiri, lalu menggoda dan memfitnah Nabi Yusuf a.s.

‘maka ketika dia (suami perempuan itu) melihat baju gamisnya (Yusuf) koyak di bahagian belakang, dia berkata, “sesungguhnya ini adalah tipu dayamu (isterinya). Tipu dayamu benar-benar hebat.” ‘(28)

Kes fitnah ini berakhir dengan,

‘ “wahai Yusuf! Lupakanlah ini, dan (isteriku) mohonlah ampunan atas dosamu, karena engkau termasuk orang yang bersalah” ‘ (29)

Nabi Yusuf seterusnya dimasukkan ke dalam penjara atas kehendaknya sendiri lalu Allah S.W.T memperkenankan doanya.

‘Yusuf berkata, “Wahai Tuhanku! Penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka. Jika aku tidak Engkau hindarkan dari tipu daya mereka, niscaya aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentu aku termasuk orang yang bodoh.” ‘ (33)

Namun kisah fitnah tersebut tidak berhenti di situ sahaja. Kerana kes tersebut selesai setelah beberapa tahun Yusuf tinggal di dalam penjara.

‘(yusuf berkata) “yang demikian itu agar dia (Al-Aziz) mengetahui bahawa aku benar-benar tidak mengkhianatinya ketika dia tidak ada (di rumah), dan bahwa Allah tidak meridai tipu daya orang-orang yang berkhianat.” ‘ (52)

Yusuf seterusnya di angkat menjadi bendeharawan Mesir.

‘dan demikianlah kami memberi kedudukan kepada Yusuf di negeri ini (Mesir);untuk tinggal di mana sahaja yang dia kehendaki. ....’ (56)

Setelah itu, watak ‘Zulaiha’ tidak lagi diungkit dalam surah yang seterusnya. Jadi, dari mana datangnya hikayat Zulaiha si isteri Yusuf?

Setelah aku kaji semula, rupanya terdapat kisah tambahan yang diragui kesahihannya. Ia sebenarnya bersumber dari israiliyat. Israiliyat adalah istilah sumber pengambilan cerita dari ahli kitab di kalangan Yahudi semenjak zaman nabi lagi.

Dalam kisah Yusuf versi rekaan, pada suatu hari ketika Yusuf berjalan di dalam negerinya untuk melihat kesejahteraan penduduknya, Yusuf telah melalui sebuah rumah usang yang berdiri dihadapannya seorang wanita tua. Barkata wanita tua itu “kamu dari orang biasa sudah berjaya menjadi pembesar terhormat.” Yusuf bertanya siapa wanita itu, kerana tahu asalnya dia. “adakah kamu Zulaiha? Mana kecantikan yang ada pada wajahmu?” setelah kejadian fitnah tersebut berlaku, Zulaiha bertaubat dan rajin beribadah kepada Allah. “jika ada hajat mu yang mampu aku tunaikan katakanlah” kata Yusuf. Aku mahukan 3 hajat, “kemewahanku, kecantikanku dan perkahwinan”. Yusuf berpaling lalu meninggalkan Zulaiha berikutan dengan hajatnya yang tak mampu diterima akal. Kononnya setelah itu, Allah menegur perbuatan Yusuf. Lalu Allah mengembalikan semula kemudaan Zulaiha berserta wajah yang lebih cantik dari sebelumnya. Dan akhirnya Allah menjadikan Yusuf jatuh cinta kepada Zulaiha lalu mereka berkahwin. Sejauh mana kesahihan kisah ini hakikatnya? Sedangkan tidakdinyatakan semua ini di dalam Al-Quran? Wallahhualam.

Tapi, sebenarnya mereka yang bernama Zulaiha tak perlu berduka cita. Kerana wanita di dalam kisah nabi Yusuf, tidak ada bukti yang benar mengatakan bahawa ia adalah Zulaiha. Mungkin sahaja nama yang lainnya.

Maassalamah.

p/s: kenapa zulaiha bukan zulaikha? Dalam ejaan jawi adalah زوليخا jadi  خditukar kepada kh. Itu yang wujud zulaikha. Tapi sebutannya yang betul adalah zulaiha.

0 Comments so far »

Leave a comment